Thursday, 21 July 2016

Reflection from 1st meeting

Assalamualaikum wbt. Entri sebelum ini saya menulis tentang keperluan ICT Dan Komunikasi dan hari ini saya ingin berkongsi tentang apa yang telah saya pelajari.

Strktur Internet


Saya ingin menceritakan tentang Browser. Ianya terdapat pada komputer sama ada desktop atau laptop. Biasanya sejak dari awal kita membelinya aplikasi ini telah dimuat turun bagi membolehkan kita mengakses internet. Terdapat beberapa browser yang ada seperti : -

1) Ie (internet explorer)
2) Mozilla Firefox
3) Google Chrome
4) Nestcape
5) Safari

Contoh Browser

Kesemua ini dapat membolehkan kita mengakses internet.

   Suka saya nyatakan antara ciri-ciri browser tersebut ialah ie merupakan browser yang paling awal dalam sejarah teknologi maklumat.
 
   Semenjak kita menjelajahi alaf baru hadir pula Mozilla Firefox dan Google Chrome. Kini kebanyakkan komputer riba MAC (Apple) menggunakan SAFARI. Saya sendiri lebih gemar menggunakan Google Chrome dalam pencarian maklumat.

   Namun suka saya jelaskan bahawa terdapat beberapa laman web yang tidak dapat diakses menggunakan google chrome dan hanya boleh diakses melalui ie sebagai contoh laman web Universiti Teknologi Malaysia. Ini disebabkan oleh beberapa alasan antaranya ialah faktor keselamatan.
 
   Sekarang mari kita lihat pula apakah ISP. Pada pertemuan pertama tempoh hari saya diajar tentang fungsi ISP. Namun terlebih dahulu adalah lebih baik kita mengetahui apakah ISP? Ia bermaksud Internet Servis Provider atau Penyelenggara Jasa Internet (PJI). Bagi negara kita Malaysia terdapat beberapa syarikat yang menjadi peneraju ISP seperti:-

1. MAXIS
2. Celcom
3. YES
4. Unifi

   Terdapat banyak lagi syarikat yang bertanggungjawab mengendalikannya.


 Rasanya cukup setakat hari ini dan In Sya Allah kita akan bersua lagi dengan perkongsian yang lebih menarik.

#sharingiscarring

Keperluan ICT Aplikasi dan Komunikasi (Gambar)


            بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمَ

     Saya teruja untuk menjadi sebahagian dari anda. Justeru saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk menuntut ilmu sebagai penyelamat saya di dunia dan akhirat.

    Hari ini saya berazam untuk menjadikan blog yang baru saya bina ini sebagai hub perkongsian ilmu.

    Terpanggilnya saya membina blog ini setelah saya menghadiri kelas ICT Application And Communication di UTM dan sifu saya pula ialah Dr.Dayana Abdul Halim. Beliau telah mencetuskan idea ini dengan memberi tugasan kepada saya agar saya menjadi sebahagian daripada blogger yang ada.

     Hari ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan mempelajari ICT Application And Communication. Dalam kehidupan kita hari ini kita tidak dapat lari dari komunikasi namun perubahan masa telah mendorong kita memilih atau menggunakan aplikasi dalam berkomunikasi dengan berbagai aplikasi yang ada seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan sebagainya. Sebab itu saya berkongsi tentang ICT Aplikasi Dan Komunikasi

Credit by Dr.Dayana


    Pada pertemuan pertama tempoh hari, saya telah diajar sesuatu yang baru dan mengenali beberapa item yang pernah kita guna namun tidak tahu fungsinya yang sebenar. Sebagai contoh semasa kita menghantar email kemudian akan kelihatan bahagian title. Di bawahnya terdapat Cc. dan Bcc. Sebenarnya Cc. itu berfungsi sebagai salinan kepada (s.k) sebagaimana surat rasmi yang pernah kita lihat.
    Bcc pula adalah untuk penerima ketiga yang mana penerima pertama tidak mengetahui bahawa ada penerima lain menerima email yang sama. Antara lain saya telah didedahkan tentang :-
I) Penggunaan komputer secara efisien
II) Mengenal peralatan, perkakas dan komponen pada komputer
III) Bagaimana proses komunikasi pada komputer berlaku
IV) Istilah-istilah pada bahasa komputer
V) Mengaplikasikan ICT dalam pekerjaan
VI) Cara mencari sesuatu laman web atau apa sahaja menggunakan enjin pencarian google atau yahoo dengan kaedah yang tepat.




     Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan kelebihannya namun masa amat menyemburui kita dan saya akan kongsikan pada entri yang lain.

     Sekian dari saya dengan pesanan ayuh carilah ilmu kerana jika kita mencari harta, pasti akan habis tetapi jika mecari ilmu ianya akan kekal selamanya malah bermanfaat kepada orang lain.