Monday, 26 September 2016

Kelas Terakhir

   Bulan September 15 haribulan saya telah menghadiri kelas terakhir saya. Pada hari itu saya diarahkan untuk membuat presentation tentang projek Makmal Komputer di Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda, BBU.

   Pensyarah kami telah mengakhiri kuliah dengan dengan tajuk Computer Networking 1 & 2 serta Wireless Technology. Rujuk educ.utm.my/noordayana

   Bagi tajuk Computer Networking kami diajar tentang bahagian Physical Network Topology iaitu :-

  • Linear Bus
  • Ring
  • Star
  • A Tree (Hybrid)
  • Mesh
   Manakala untuk tajuk Wireless Technology pula kami diterangkan tentang rangkaian internet dipancarkan melalui:-
  • Wireless Wide Area Network (WWANS)
  • Wireless Metropolitan Area Network (WMANS)
  • Wireless Local Area Network (WLANS) 
  • Wireless Personal Networks Area (WPANs)

   Beliau juga memberi sepatah dua kata sebelum menjelangnya peperiksaan akhir. Banyak nasihat yang beliau berikan seperti ciri - ciri menjadi pelajar yang cemerlang dalam berbagai bidang dan kami amat berbesar hati dan mengucapkan jutaan terima kasih.

 

Refleksi Dari Projek Rangkaian

   Pada hari Peperiksaan UPSR sedang berlansung saya dan rakan saya dikehendaki menyiapkan sebuah projek berkaitan Makmal Komputer di Sekolah Kebangsaan Kompleks Uda, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.
 
   Semasa berada di sekolah tersebut calon peperiksaan UPSR baru sahaja menanamatkan peperiksaan. Keadaan agak riuh dengan suara mereka yang gembira dengan pengalaman itu.

   Apa yang ingin saya kongsikan ialah tentang makmal komputer mereka. Terdapat lebih sepuluh komputer yang mereka gunakan. ISP yang digunakan ialah YES iaitu Zoom.

    Kabel yang mereka gunakan adalah jenis kabel yang biasa. Semasa projek itu kami telah mencadangkan kepada mereka untuk:-

  • Menyediakan jadual penggiliran makmal
  • Memastikan keselamatan murid
  • Meletakkan tatacara penggunaan komputer yang selamat
   Kami juga dimaklumkan bahawa kos internet ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Komputer yang mereka gunaka ialah jenis HP. 

  Setelah mengambil beberapa gambar kami bertanyakan beberapa soalan kemudian beredar pulang

Tuesday, 6 September 2016

Apa Yang Saya Inginkan...?

     Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin menulis tentang harapan. Sebagaimana tajuk entri saya kali ini, Apa Yang Saya Inginkan...?

     Tajuk yang diberi berkemungkinan menimbulkan persoalan pada anda tentang apa yang saya inginkan. Sememangnya semua manusia mempunyai kehendak dan setiap kehendak adalah tidak terbatas. Begitu juga saya yang tidak lari dengan harapan dan adakalanya apa yang saya harapkan tidak dapat dicapai.
   
     Baiklah, apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah tentang harapan saya setelah mengikuti kelas ICT Application and Communication di Universiti Teknologi Malaysia. Terlebih dahulu saya ucapkan pada pensyarah saya, Dr.Noor Dayana Binti Abdul Halim, kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tentang penggunaan dan keperluan ICT.

     Setelah menghadirinya banyak perkara yang dapat menarik perhatian saya untuk mendalami bidang ini walaupun saya bukanlah golongan profesional dalam bidang ini. Namun umum tahu bahawa ledakkan teknologi maklumat begitu pesat membangun dari barat hinggalah ke timur dunia.

     Maka demi mencapai cita-cita saya untuk memiliki ilmu dan pengetahuan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi ini saya bertekad akan terus mendalami bidang ini walaupun setelah menamatkan pengajian. Bagi saya syarikat-syarikat gergasi yang mengeluarkan produk mereka akan menghasilkan sebuah hasil kerja yang berinovasi untuk pelanggan setia mereka pada masa akan datang.

   Oleh yang demikian saya dan anda semua perlulah menyediakan payung sebelum hujan, agar kita tidak ketinggalan dengan arus perdana dan global  dalam kehidupan ini. Sebagai rakyat Malaysia sudah tentu teruja dengan wawasan 2020 yang akan hadir kurang 3 tahun lagi. Jadi sudah tentu bidang ilmu berkaitan teknolgi maklumat dan komunikasi akan menjadi teras dalam kehidupan seharian kita.

Sekian, terima kasih.

Tujuan & Harapan

Assalamualaikum WBT.
Hai, apa khabar? Harapan saya anda sihat dan ceria selalu. Bercakap tentang harapan, tidak salah jika saya ingin menulis entri kali ini mengenai tujuan dan harapan saya sebelum dan setelah  mengikuti kursus Aplikasi Teknologi Maklumat & Komunikasi.
Sebelum mempelajarinya, saya teruja tentang perlatan ciptaan manusia ini seperti komputer, telefon bimbit dan sebagainya. Sejak penggunaan telegram lagi saya memikrkan bagaimana ianya berfungsibsebagai medium untuk menyalurkan maklumat saya cuba mendalaminya. Ketika itu terlintas di fikiran saya, bagaimana alat ini berfungsi. Tulisan yang ditaip itu dapat dihantar kepada orang lain. Jika kita perhatikan sewaktu zhk.   yang mana semasa Malaysia sedang mengalami ledakankomunikasi

Thursday, 21 July 2016

Reflection from 1st meeting

Assalamualaikum wbt. Entri sebelum ini saya menulis tentang keperluan ICT Dan Komunikasi dan hari ini saya ingin berkongsi tentang apa yang telah saya pelajari.

Strktur Internet


Saya ingin menceritakan tentang Browser. Ianya terdapat pada komputer sama ada desktop atau laptop. Biasanya sejak dari awal kita membelinya aplikasi ini telah dimuat turun bagi membolehkan kita mengakses internet. Terdapat beberapa browser yang ada seperti : -

1) Ie (internet explorer)
2) Mozilla Firefox
3) Google Chrome
4) Nestcape
5) Safari

Contoh Browser

Kesemua ini dapat membolehkan kita mengakses internet.

   Suka saya nyatakan antara ciri-ciri browser tersebut ialah ie merupakan browser yang paling awal dalam sejarah teknologi maklumat.
 
   Semenjak kita menjelajahi alaf baru hadir pula Mozilla Firefox dan Google Chrome. Kini kebanyakkan komputer riba MAC (Apple) menggunakan SAFARI. Saya sendiri lebih gemar menggunakan Google Chrome dalam pencarian maklumat.

   Namun suka saya jelaskan bahawa terdapat beberapa laman web yang tidak dapat diakses menggunakan google chrome dan hanya boleh diakses melalui ie sebagai contoh laman web Universiti Teknologi Malaysia. Ini disebabkan oleh beberapa alasan antaranya ialah faktor keselamatan.
 
   Sekarang mari kita lihat pula apakah ISP. Pada pertemuan pertama tempoh hari saya diajar tentang fungsi ISP. Namun terlebih dahulu adalah lebih baik kita mengetahui apakah ISP? Ia bermaksud Internet Servis Provider atau Penyelenggara Jasa Internet (PJI). Bagi negara kita Malaysia terdapat beberapa syarikat yang menjadi peneraju ISP seperti:-

1. MAXIS
2. Celcom
3. YES
4. Unifi

   Terdapat banyak lagi syarikat yang bertanggungjawab mengendalikannya.


 Rasanya cukup setakat hari ini dan In Sya Allah kita akan bersua lagi dengan perkongsian yang lebih menarik.

#sharingiscarring

Keperluan ICT Aplikasi dan Komunikasi (Gambar)


            بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمَ

     Saya teruja untuk menjadi sebahagian dari anda. Justeru saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk menuntut ilmu sebagai penyelamat saya di dunia dan akhirat.

    Hari ini saya berazam untuk menjadikan blog yang baru saya bina ini sebagai hub perkongsian ilmu.

    Terpanggilnya saya membina blog ini setelah saya menghadiri kelas ICT Application And Communication di UTM dan sifu saya pula ialah Dr.Dayana Abdul Halim. Beliau telah mencetuskan idea ini dengan memberi tugasan kepada saya agar saya menjadi sebahagian daripada blogger yang ada.

     Hari ini saya ingin berkongsi tentang kepentingan mempelajari ICT Application And Communication. Dalam kehidupan kita hari ini kita tidak dapat lari dari komunikasi namun perubahan masa telah mendorong kita memilih atau menggunakan aplikasi dalam berkomunikasi dengan berbagai aplikasi yang ada seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan sebagainya. Sebab itu saya berkongsi tentang ICT Aplikasi Dan Komunikasi

Credit by Dr.Dayana


    Pada pertemuan pertama tempoh hari, saya telah diajar sesuatu yang baru dan mengenali beberapa item yang pernah kita guna namun tidak tahu fungsinya yang sebenar. Sebagai contoh semasa kita menghantar email kemudian akan kelihatan bahagian title. Di bawahnya terdapat Cc. dan Bcc. Sebenarnya Cc. itu berfungsi sebagai salinan kepada (s.k) sebagaimana surat rasmi yang pernah kita lihat.
    Bcc pula adalah untuk penerima ketiga yang mana penerima pertama tidak mengetahui bahawa ada penerima lain menerima email yang sama. Antara lain saya telah didedahkan tentang :-
I) Penggunaan komputer secara efisien
II) Mengenal peralatan, perkakas dan komponen pada komputer
III) Bagaimana proses komunikasi pada komputer berlaku
IV) Istilah-istilah pada bahasa komputer
V) Mengaplikasikan ICT dalam pekerjaan
VI) Cara mencari sesuatu laman web atau apa sahaja menggunakan enjin pencarian google atau yahoo dengan kaedah yang tepat.




     Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan kelebihannya namun masa amat menyemburui kita dan saya akan kongsikan pada entri yang lain.

     Sekian dari saya dengan pesanan ayuh carilah ilmu kerana jika kita mencari harta, pasti akan habis tetapi jika mecari ilmu ianya akan kekal selamanya malah bermanfaat kepada orang lain.