Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya ingin menulis tentang harapan. Sebagaimana tajuk entri saya kali ini, Apa Yang Saya Inginkan...?
Tajuk yang diberi berkemungkinan menimbulkan persoalan pada anda tentang apa yang saya inginkan. Sememangnya semua manusia mempunyai kehendak dan setiap kehendak adalah tidak terbatas. Begitu juga saya yang tidak lari dengan harapan dan adakalanya apa yang saya harapkan tidak dapat dicapai.
Baiklah, apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah tentang harapan saya setelah mengikuti kelas ICT Application and Communication di Universiti Teknologi Malaysia. Terlebih dahulu saya ucapkan pada pensyarah saya, Dr.Noor Dayana Binti Abdul Halim, kerana beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tentang penggunaan dan keperluan ICT.
Setelah menghadirinya banyak perkara yang dapat menarik perhatian saya untuk mendalami bidang ini walaupun saya bukanlah golongan profesional dalam bidang ini. Namun umum tahu bahawa ledakkan teknologi maklumat begitu pesat membangun dari barat hinggalah ke timur dunia.
Maka demi mencapai cita-cita saya untuk memiliki ilmu dan pengetahuan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi ini saya bertekad akan terus mendalami bidang ini walaupun setelah menamatkan pengajian. Bagi saya syarikat-syarikat gergasi yang mengeluarkan produk mereka akan menghasilkan sebuah hasil kerja yang berinovasi untuk pelanggan setia mereka pada masa akan datang.
Oleh yang demikian saya dan anda semua perlulah menyediakan payung sebelum hujan, agar kita tidak ketinggalan dengan arus perdana dan global dalam kehidupan ini. Sebagai rakyat Malaysia sudah tentu teruja dengan wawasan 2020 yang akan hadir kurang 3 tahun lagi. Jadi sudah tentu bidang ilmu berkaitan teknolgi maklumat dan komunikasi akan menjadi teras dalam kehidupan seharian kita.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment