Semasa berada di sekolah tersebut calon peperiksaan UPSR baru sahaja menanamatkan peperiksaan. Keadaan agak riuh dengan suara mereka yang gembira dengan pengalaman itu.
Apa yang ingin saya kongsikan ialah tentang makmal komputer mereka. Terdapat lebih sepuluh komputer yang mereka gunakan. ISP yang digunakan ialah YES iaitu Zoom.
Kabel yang mereka gunakan adalah jenis kabel yang biasa. Semasa projek itu kami telah mencadangkan kepada mereka untuk:-
- Menyediakan jadual penggiliran makmal
- Memastikan keselamatan murid
- Meletakkan tatacara penggunaan komputer yang selamat
Kami juga dimaklumkan bahawa kos internet ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Komputer yang mereka gunaka ialah jenis HP.
Setelah mengambil beberapa gambar kami bertanyakan beberapa soalan kemudian beredar pulang
No comments:
Post a Comment